Tuesday, 17 May 2011

The Right Things To Say...

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum~

The right things to say. Itu topik yang saye nak bahaskan hari ni. Xde la bahas sgt pon, tapi lebih sekadar memberi buah fikiran oleh diri yang alpa dan xsempurna ni. Ini lebih ditujukan pada diri saya sendiri sebenarnya, tapi kalau ada yang terasa...terlebih dahulu saya meminta maaf kerana bukanlah niat saya untuk berbuat demikian. Itu hanya kebetulan.

Baiklah, saya mulekan. Hmmm, pernah x anda tersalah dalam berkata-kata hingga menyebabkan seseorang itu terluka dan terhiris perasaannya dengan kata-kata kita itu? Apa-apa pun jawapan anda, bagi diri saya, jawapannya.....YA! beribu-ribu kali. Malah berjuta-juta lemon. *ok, itu melampau. xsmpi berjuta kot, kalo cmtu...saya jadi manusia paling dibnci oleh makhluk bumi la kot, termasuk binatang dan tumbuh2an kalo dorg paham*

Macam mana boleh tersalah kata? Pengaruh emosi? Pengaruh ego? Pengaruh lingkungan? Pengaruh hormon? Pengaruh mental? Yang pasti, semua yang disenaraikan tu pernah menjadi sebab saya tersalah kata (mental jugak? ye kot). Terhiris perasaan, terbuat orang marah, terbuat orang sakit jiwa melayan karenah, terbuat orang benci malah. Ya, itu tidak dinafikan. Semulia Rasulullah juga ada yang membenci, apatah saya yang hina dan tidak terlepas dari dosa ni.

Tapi sebenarnya apa yang salah dan apa yang betul? Bagaimana ia menjadi salah dan bagaimana ia menjadi betul? Kadang2, apa yang kita rase betul, mungkin yang mendengar itu rasa salah dan menyakitkan hati. Dan kadang2 apa yang dikatakan oleh orang lain itu betul, kita rasa salah. Salah dan betul ini bukan pada fakta kata-kata tersebut, tapi ukuran penerimaan ayat-ayat yang dikeluarkan oleh mulut kita pada pandangan/pendengaran orang lain. Bagaimana penerimaan seseorang terhadap ayat yang kita susun, ayat yang kita compose. Adakah kena dengan taste die? Xkene dengan taste die? Pada orang yang menuturkan, selalunya memikirkan dia yang betul dan mendemand orang menerima apa yang dikatakan baik waktu terpengaruh dengan faktor2 yang disebut di atas atau sewaktu tidak terpengaruh dan hanya berlandaskan atas akal fikiran dan penilaian rasionalnya.

Pengaruh? Emosi. Emosi boleh pengaruh apa yang kita katakan. Sekali gus menyebabkan orang terasa dengan apa yang kita katakan walaupun sebenarnya yang kita mahu sampaikan bukanlah something yang pedas atau tajam. Malahan, kadang2 tu apa yang dickp bukanlah ditujukan pada yang mendengar, tapi si pendengar berada di tempat yang salah, waktu yang salah. "You're at the wrong place, at the wrong time", kate org2 putih sono. Orang tengah2 marah ni selalunya suara makin tinggi. Amplified. Yela, kalo monotonous je sape pon xtau die ni sebenarnya marah atau biasa2 je? Kan? Kalo sedih pulak, mula la kutuk diri sendiri kata itu ini sampai yang mendengar pon dh panas telinga rasa nak tumbuk org ni sbb xlarat nak console, plus org bagi kata-kata semangat pon cm masuk telinga kanan, kuar telinga kiri. Penat berckp je kalo sume yang dikatekan xnak diregister dalam otak. Dah berbuih mulut pun still xnak dengar kate, si pendengar (yang juga alternately menjadi yang berkata-kata) ni pulak yang frust. See, dh frust. Padahal kita mengutuk diri sendiri, secara logiknya kenapa perlu yang mendengar yang frust? Betul x? Lain la kalo kita mengutuk dia depan2 dia ckp berbuih2 mulut kata benda2 buruk kat dia. Logik kan? Itu la uniknya manusia ni. Xsemuanya berjalan ikut teori. Ikut logik.

Ego pulak. Macam mana pulak ego boleh pengaruh kata-kata kita, flow of information and emotions right out of our mouths? Apa kaitannya? Saya pon xreti cmne nk ckp sbb saye xsure saye ni egonya macam mana. Xtau la dari pandangan orang saya ni berego tinggi atau biasa2 saja. Hmmm, mungkin orang yang lebih tinggi darjatnya dalam masyarakat, dia rasa lebih superior, maka kata2nya itu terpengaruh dengan ke-superiority-an dia. Sok bagus. Sok pandai, sok macam2. Ntah la, malas nk ckp psl ni. Moving on.

Lingkungan. Haaa, jangan kata lingkungan anda xmemberi kesan pada cara anda berckp. Saya kasi contoh la. Di negara yang tropikal, panas kan? Langit xberawan, tiada tanda-tanda nak hujan. Burung pon xnmpk sbb sume malas nk terbang, takut berpeluh ketiak *ape yang saya mengarut ni?*. Siapa setuju, kalau cuaca panas, rasa macam nak maraaaaaahhh je. Ye la. Xselesa. Berpeluh2. Panas. Letih. Dehydrated. Semuanya negative. Terus pemprosesan menuturan tu terganggu, menyebabkan die jadi emo, makin lupe antara baik dan buruk. Penimbangan salah dan betul tu dah lilau2. Orang emo2 ni selalu berjujur je. Sebab malas nk fikir, malas nk jaga hati, malas nk segala macam yang lain. Itu yang kita sering kali terlepas kata. Tersalah sebut, tiada tapisan. Hasilnya, hati terluka. Hati berdarah pada yang mendengar.

Hormon. Hmmm, ni same je kot dgn yang lain2. Berbalik kepada emosi dan akhirnya we say the wrong things.

Mental? Haaaa, yang ni mmg xyah bahas la. Kalau dah otaknya bermasalah, semua pon terganggu. Bukan kata-kata sahaja, malah membuang air pon boleh salah.

Saya bukanlah mencari alasan untuk membetulkan apa yang telah saya lakukan (membuat org terasa baik dengan kata2 saya atau perbuatan saya). Tapi saya hanya mahu menyatakan bahawa saya ni bukanlah manusia sempurna. Kita semua bukan manusia sempurna. Saya buat salah, anda buat salah, malah benda yang tidak bernyawa pon buat salah, contohnya kipas xberfungsi. Kalau dh plugged in, switched on, patut berputar la kipasnye, ye tidak? Kalo xbergerak tu, makanya ada yang salah la.

Saya pon selalu je terasa dengan kata-kata orang. Tapi saya cuba untuk tidak menzahirkannya sebab saya tahu, kalo saya buat begitu, saya hanya membuat org tersebut marah. Kalau dua2 pon marah, apa kebaikannya? Makin menghitamkan hati masing2 lagi ade la. Kalo dengan berpura2 dapat menyambungkan benang yang terputus, then let it be. Saya sanggup begitu dari tidak berckp, tidak bertentang mata, takut2 nak tanya kabar, takut2 nk mintak tolong. Saya sanggup pendamkan segala ketidakpuasan hati saya dalam hati saya sendiri, tanpa orang tau akan hakikat sebenarnya. Tapi kalau yang di belah sana tidak dapat menerima, then apa boleh buat?


Abu Hurairah meriwayatkan daripada Nabi s.a.w., Rasulullah bersabda:
Musa bin Imran bertanya: "Hai Tuhanku, siapakah hambaMu yang paling mulia di sisiMu? FirmanNya: "Siapa yang mengutamakan kemaafan sedangkan dia mampu untuk membalas kejahatan orang lain."

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu bersaudara. Sebab itu damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara kedua saudaramu itu dan takutlah terhadap Allah, supaya kamu mendapat rahmat." [Al-Hujurat:10]


Hanya doa yang dapat saya panjatkan kepada-Nya, minta dijauhkan dari sifat-sifat mazmumah seperi dendam dan amarah, dan pinta ditanamkan dalam diri sifat-sifat mahmudah.


A lot to learn, a lot to experience, a lot to fix. When to fix? I don't know.

Pada mereka yang saya sakiti,
Diminta agar diri ini dimaafi,
Forgiving is easy, forgetting is not,
But we don't want our hearts to rot.
Right?

Sekian sahaja dari saye,
Harap sume pon suke.

Assalamualaikum~

No comments: