Friday, 11 September 2009

Keinginan Yang Membuak-buak Dalam Diri...

Assalamualaikum~
Bismillahirrahmanirrahim....

Setelah menunaikan 20 hari berpuasa di bulan Ramadhan...tinggallah selebihnya 10 hari terakhir Ramadhan dan peluang untuk kita berpuasa pada tahun ini. Inilah kali pertama saya menjalani ibadah puasa dan insyaALLAH hari raya Aidilfitri akan datang tanpa keluarga di sisi. Tambahan lagi berada di tempat yang asing lagi berbeza, kemahuan saya untuk pulang ke kampung halaman semakin membuak-buak walaupun hanya lebih 2 minggu berada di perantauan. Baru kini kusedar betapa sukarnya hidup tanpa dapat melihat keluarga di sisi setiap hari dan tidak tahu keadaan mereka nun jauh di sana. Bagaimana harus aku menempuhi 6 tahun di tempat baru ini, hanya bertemankan semangat yang tipis dan rapuh.

Teman-temanku seringkali berfikir bahawa diriku ini adalah seorang yang tabah dan mampu hidup berdikari kerana telah dilatih begitu sejak masuk ke asrama seawal 13 tahun. Namun, apa yang mereka tidak sedar ialah aku bukan seperti gelas yang mampu dilihat tembus semudah itu apatah lagi berderai setelah dijatuhkan pada cubaan pertama. Selama ini aku telah menjadi seperti plastik. Mampu menampung seberat-berat isi namun akhirnya rebah juga pada keadaan yang keterlaluan namun aku sedar yang setakat itu masih tidak memuaskan. Aku seharusnya menjadi besi, mampu tahan segala beban, tekanan dan ke'extreme'an. Tapi bagaimana caranya? Aku harus berserah kepada Yang Maha Kuasa, Allah SWT. Allah tidak akan menguji kita sekiranya kita tidak dapat menghadapi dugaan tersebut. Aku harus percaya pada diriku yang aku mampu menghadapi dugaan dan ujian dari Allah SWT. Aku harus buktikan pada semua bahawa aku tidak mudah jatuh. Kalaupun aku rebah, aku akan bangkit dan berusaha hingga mencapai yang terbaik. Membanggakan kedua ibu bapaku yang hanya mengharapkan yang terbaik untukku. Mereka hanya memikirkan segala yang terbaik untukku dan tidak pernah meminta balasan. Aku harap segala pencapaianku cukup untuk membanggakan mereka.

Segalanya aku serah kepada Allah Yang Maha Esa.


PS: Pardon my inability to write better. aku memang xreti tulis bertemakan keagamaan...

2 comments:

faiqah ar said...

duhai sahabat~

tetapkan tekad, kuatkan semangat dan
terus tunduk menadah tangan memohon kekuatan dari Yang Berkuasa..
insyaAllah kau mampu berdiri teguh diatas paksi sendiri =))

salam perjuangan teman~
(^_-)

p/s:doakan kita sekali!hehehe

Asyiqin said...

Terima kasih Faiqah...I appreciate the advice.

InsyaALLAH~